Dasar Privasi Aplikasi

Privasi

Aplikasi Mudah Alih Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia yang dirujuk sebagai “Aplikasi” adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh AADK kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play, App Stored dan AppGallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi Pengguna kecuali dengan kebenaran yang diberikan secara sukarela oleh Pengguna. Segala maklumat yang diterima tidak akan dikongsi dengan mana-mana organisasi lain bagi tujuan selain daripada yang dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

Aplikasi Respons Rakyat ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:

  1. Nama
  2. Nombor Kad Pengenalan
  3. Nombor Telefon bimbit
  4. Alamat E-Mel

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan melaksanakan transaksi dengan menggunakan aplikasi kami atau pun menghantar maklum balas yang mengandungi data-data peribadi, data-data ini mungkin akan dikongsikan bersama-sama dengan agensi Kerajaan yang lain dalam usaha untuk membantu anda secepat dan secekap yang mungkin

Kerahsiaan

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Dasar privasi ini mungkin dipinda dari semasa ke semasa. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.

Accessibility Toolbar