500 ANAK MUDA LENGGONG TUNJUK SOLIDARITI BEBAS DADAH

Oleh : Amir Zahien

Lenggong, 18 Mac 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni serta Majlis Iftar Anak Muda bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Lenggong, Perak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, sebagai satu inisiatif strategik dalam menyantuni golongan belia.

Kehadiran hampir 500 orang anak muda dari sekitar kawasan Lenggong dan Gerik membuktikan sokongan padu komuniti terhadap usaha murni yang dilaksanakan oleh pihak AADK.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Tuan Zainuddin Abdullah (dua dari kiri) turut hadir mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. Gambar AADK – Amir Zahien

Dalam ucapan perasmiannya, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri menegaskan agar anak muda di Lenggong dan Gerik sentiasa memelihara jati diri dan kekuatan iman, kerana benteng utama daripada terjebak dengan najis dadah bermula daripada prinsip diri yang teguh untuk tidak sesekali mencuba perkara yang boleh merosakkan masa depan.

Sebagai penganjur utama, AADK turut menyelitkan sesi nasihat serta kempen kesedaran agar golongan muda sentiasa menjauhi bahaya dadah demi menjamin masa depan yang lebih cemerlang.

Program ini memperlihatkan komitmen berterusan AADK dalam membina komuniti MADANI yang bebas daripada ancaman gejala sosial.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Zainudin Abdullah; Ketua Penolong Pengarah (Pencegahan) AADK, Encik Mahadzir Elias dan Pengarah AADK Negeri Perak, Encik Mohamad Nor Musa.

Accessibility Toolbar