Kedutaan Nigeria di Malaysia pada 1 Februari 2024, telah menetapkan kepada warganegara Malaysia yang ingin memohon Visa buat kali pertama perlu mendapatkan pengesahan rekod daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
(Sila rujuk pautan berikut : https://nigeria.org.my/visa/).
Sehubungan dengan itu, semua pemohon yang hendak mendapatkan pengesahan semakan rekod AADK bagi tujuan permohonan Visa Nigeria, perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i) Salinan Pasport Malaysia;
ii) Salinan Kad Pengenalan;
iii)Salinan Surat Tawaran Pekerjaan; dan
iv) Salinan Sijil Berkelakuan Baik (Good Conduct Certificate) daripada Kementerian Luar Negeri
Permohonan yang dikemukakan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Ibu Pejabat AADK melalui e-mel : dasar@aadk.gov.my, cawangan_dasar@aadk.gov.my, bdha@aadk.gov.my atau di talian 03-8911 2282 / 2279.
