Tiga kertas pertimbangan dibentang pada Mesyuarat MTMD bil 1/2024 Negeri Sarawak

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat (UMKK)

KUCHING, 31 Julai 2024 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Mesyuarat Mulu, Tingkat 17, Bangunan Baitul Makmur 2, Petra Jaya Kuching pada Selasa.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’Sri haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak.

Dalam ucaptamanya, YB Dato’ Sri Pengerusi menggesa semua pihak perlu memainkan peranan dan digabungkan usaha dalam menangani isu penyalahgunaan dadah kerana ia merupakan perkara yang sangat penting dalam menangani permasalahan dadah secara kolaboratif, bersepadu dan holistik sehingga ke akar umbi.

Satu kertas pertimbangan telah diluluskan oleh YB Dato’ Sri Pengerusi iaitu Solidariti Program Pencegahan – Pemerkasaan Pendaftaran Ahli SKUAD Antidadah Negeri Sarawak.

Manakala dua lagi kertas pertimbangan perlu dibuat semakan semula dan diperincikan dengan melihat dari pelbagai sudut yang boleh diambil kira dalam usaha membasmi dadah di negeri itu.

Hadir sama pada mesyuarat ini ialah Tuan Khairul Anwar Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, dan Tuan Abdul Hamediee Ibrahim, Pengarah AADK Negeri Sarawak.

Accessibility Toolbar