Kembangan Merpati Putih di seluruh Sabah – TKPO

Oleh: Fauzi Suhaimi dan Ahmad Hakim Baihaqi

KUDAT, 12 September 2024 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Khairul Anwar Bachok berhasrat agar AADK Negeri Sabah mengembangkan penubuhan Merpati Putih di setiap AADK Daerah di negeri ini.

Katanya, usaha itu dilihat amat baik kerana menjadi sistem sokongan alternatif kepada kepulihan klien selain menjadi penggerak dan agen perubahan dalam isu-isu membabitkan penagihan dadah serta bahan.

“Saya melihat penubuhan Merpati Putih ini amat baik kerana ia adalah datang daripada bekas klien AADK yang kini menyumbang tenaga dan keringat dalam usaha membantu AADK untuk kepulihan mereka yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan sama ada secara komuniti ataupun institusi.

“Adalah lebih baik jika dapat mengembangkan Merpati Putih ini di daerah-daerah lain agar peranan kumpulan ini dapat diperluas,” katanya ketika hadir mengadakan tinjauan di Pejabat AADK Daerah Kudat, Sabah pada Khamis.

Sebagai rekod, Merpati Putih adalah kumpulan yang terdiri daripada bekas klien AADK dan kini bergiat aktif membantu AADK dalam menggerakkan kerja-kerja sukarela dalam pencegahan dan nasihat pengekalan kepulihan sepanjang hayat.

Turut hadir Penolong Pengarah (Rawatan dan Pemulihan) AADK Sabah, Albert Tian dan Ketua AADK Daerah Kudat, Fazilawati Aji.

Accessibility Toolbar