SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 24 April 2024

Rustam seorang remaja yang sangat keras hatinya. Mungkin kerana pergaulan tidak sihat di masa lalu menyebabkan dirinya masih terbawa-bawa akan sikap baran tersebut. Ini telah menyukarkan Cikgu Ariffin untuk melakukan proses rawatan pemulihan terhadap Rustam di PUSPEN. Tidak mendengar arahan, melawan dan bergaduh dengan rakan lain sudah biasa bagi Rustam. Bagaimanakah pengakhiran jalan kepulihan Rustam? Apakah Cikgu Ariffin berjaya mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini?

Jom ikuti kisah kali ini yang bertajuk “TIADA LAGI TANGIS” dalam Drama Tirai Semalam. Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2010.

Accessibility Toolbar