Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK Kali Ketiga

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

SUNGAI PETANI, 29 Oktober 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini mengadakan Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK (PPA) kali ketiga 2024 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah di Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah.

Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK Kali Ketiga -5

PPA adalah acara tahunan yang dianjurkan AADK bertujuan memberi pengiktirafan pegawai-pegawai AADK yang mencapai kompetensi yang ditetapkan dan ditauliahkan sebagai Pengamal Bertauliah dalam tiga perkhidmatan teras AADK iaitu Rawatan dan Pemulihan, Pendidikan Pencegahan serta Penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah dadah dan bahan di negara ini.

Bagi tahun ini, seramai 475 pegawai AADK menerima Sijil Perakuan Amalan PPA AADK untuk ketiga-tiga persijilan tersebut.

Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK Kali Ketiga -4

Selari dengan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang telah diluluskan Parlimen pada Ogos lalu, PPA adalah sebagai persediaan awal AADK dalam meningkatkan kompetensi pegawai menerusi teras perkhidmatan AADK tersebut.

Buat julung kalinya juga AADK menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mentauliahkan 44 pegawai yang berjaya mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang penyelarasan Koreksional Sosial Tahap 4 yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok.

Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK Kali Ketiga -3
Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK Kali Ketiga -2

Accessibility Toolbar