Sambutan Hari Keluarga Kelab AADK

Oleh: Muhammad Amir Zahien Amran

PORT DICKSON, 14 Disember 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui Kelab Kebajikan dan Sukan telah mengadakan Hari Keluarga AADK yang berlangsung pada 13 & 14 Disember 2024 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program yang berlangsung dua hari ini bertujuan memperkukuh institusi kekeluargaan dalam masa yang sama membentuk keluarga yang sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh yang juga Penaung Kelab turut bersama-sama warga AADK dalam menjayakan program ini.

Aktiviti pengisian program ini antaranya adalah sukaneka melibatkan kategori dewasa, kanak-kanak dan pasangan.

Pada majlis makan malam bertemakan Denim itu pelbagai hadiah dan cabutan bertuah diberikan kepada warga AADK yang hadir sebagai penghargaan.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok dan pengarah- pengarah bahagian AADK ibu pejabat; Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil AADK, Datin Nazirah Abdul Hamid dan Yang Dipertua Kelab AADK, Muhamad Ramlan Syed Ahamed.

Hari Keluarga Kelab AADK
Hari Keluarga Kelab AADK3
Hari Keluarga Kelab AADK2
Hari Keluarga Kelab AADK11
Hari Keluarga Kelab AADK7
Hari Keluarga Kelab AADK8

Accessibility Toolbar