Oleh: Muhammad Amir Zahien Amran
KAJANG, 7 Disember 2024 – Seramai 300 orang warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dari semenanjung negara telah menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring.
Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan AADK itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok di Ibu Pejabat pada Sabtu.
Bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah itu telah dimenangi oleh AADK Negeri Kelantan dan naib juara daripada PUSPEN Tampin, Melaka.
Manakala bagi acara bola jaring telah dimenangi oleh AADK Negeri Perak dan naib juara daripada AADK Negeri Sembilan.
Acara yang melibatkan empat zon iaitu zon utara, zon selatan, zon tengah dan zon timur itu telah mula dilaksanakan dari bulan Oktober 2024.
Sebelah pagi telah bermula kedua-dua pertandingan secara pusingan peringkat kumpulan dan hingga ke peringkat akhir.
Terdahulu, Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh turut hadir bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan di Institut Semarak Felda, Bangi.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah dan Yang Di-Pertua Kelab AADK, Mohamad Ramlan Syed Ahamed.






