Mesyuarat Pelan Strategik AADK 2026-2030

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat (UMKK)

PULAU PINANG, 8 Februari, 2025 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengadakan Mesyuarat Pelan Strategik AADK 2026-2030 diadakan selama tiga hari bermula 6 Februari lalu di Pulau Pinang.

Mesyuarat yang melibatkan kesemua ketua pusat tanggungjawab (PTj) AADK seluruh negara bagi membincangkan kerangka Plan Strategik AADK baharu bagi tempoh lima tahun akan datang bagi menggantikan Pelan Strategik AADK yang akan berakhir tahun ini.

Objektif mesyuarat ini adalah untuk menilai pelaksanaan dan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) setiap teras bagi tahun 2024 serta pelarasan KPI tahun 2025. 

Selain itu, mesyuarat itu juga diadakan untuk memastikan isu-isu berbangkit dalam pelaksanaan Pelan Strategik AADK 2021-2025 ditangani dengan lebih efisien dan memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan pegawai AADK agar dapat mengelakkan budaya bekerja secara silo dalam pelaksanaan Pelan Strategik AADK.

Terdahulu Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh hadir dalam sesi penggulungan Pelan Strategik AADK 2026-2030 sekali gus menutup mesyuarat tersebut.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok dan Pengarah-Pengarah Bahagian AADK.

Accessibility Toolbar