AADK TERIMA PENGHARGAAN DALAM ANUGERAH GEOSPATIAL KEBANGSAAN 2025

Oleh : Alif Haiqal

Putrajaya, 8 Okotober 2025 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menerima penghargaan di bawah kategori Kolaborasi dan Kerjasama Strategik daripada Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Penghargaan ini sempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-10 yang diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2025 yang berlangsung di Putrajaya.

NGIS_1

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Dalam majlis tersebut, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi AADK, Razita Omar turut menerima penghargaan atas inisiatif membangunkan aplikasi Malaysia Drug Profiling System (MyDPS) sebuah sistem berasaskan GIS yang menyokong pemetaan data penyalahgunaan dadah dan membantu penggubalan dasar berasaskan bukti.

NGIS_3
Puan Razita Omar, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat telah mewakili AADK menerima penghargaan tersebut. Gambar AADK – Alif Haiqal

Penghargaan tersebut disampaikan sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan aktif AADK dalam pembangunan infrastruktur, perkongsian data spatial dan aplikasi geospatial melalui pelaksanaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sektor Awam di bawah platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS).

Accessibility Toolbar