Oleh : Unit Media dan Komunikasi Korporat
Vienna, 14 Mac 2026 – Malaysia menyampaikan intervensi mengenai pelaksanaan komitmen nasional dan antarabangsa serta koordinasi antara agensi dalam menangani masalah dadah global menerusi Mesyuarat 69th Commission on Narcotics Drugs 2026.

Di peringkat kebangsaan, Malaysia memperkukuh rangka kerja perundangan dan institusi melalui peranan penting KDN.
Kerjasama ini melibatkan AADK, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, dan Jabatan Kimia Malaysia.
Kolaborasi turut diperluas kepada organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta bagi meningkatkan keberkesanan pencegahan serta pemulihan dadah.
Di peringkat antarabangsa, Malaysia juga aktif dalam operasi bersama, perkongsian maklumat, dan program pembinaan keupayaan.
Delegasi Malaysia diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil dan Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa) Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Encik Azli Ubin bagi urusan persidangan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM, CP Dato’ Hussein Omar Khan mengetuai delegasi Malaysia.
Delegasi turut menghadiri pelbagai acara sampingan serta melawat reruai pameran agensi antarabangsa sepanjang persidangan.






