AADK Gerak #SKUADIHSANMADANIKDN Bantu Mangsa Banjir

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

KAJANG, 7 Disember 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini menggerakkan #SkuadIhsanMadaniKDN bagi melaksanakan misi bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh berkata, #SkuadIhsanMadaniKDN itu digerakkan melibatkan seramai 100 orang sukarelawan terdiri daripada pegawai AADK di ibu pejabat, Pejabat AADK Selangor, Pejabat AADK AADK Wilayah Persekutuan, Pejabat AADK Kelantan, Pejabat AADK Terengganu dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang.

Skuad Ihsan MADANI KDN5
Skuad Ihsan MADANI KDN4
Skuad Ihsan MADANI KDN1

Accessibility Toolbar