AADK Rai 93 Warga Kerja AADK Bersara

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

KAJANG, 17 November 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) meraikan seramai 93 warga kerjanya yang bersara sama ada secara wajib ataupun pilihan dalam Majlis Persaraan pada tahun ini.

AADK rai 93 warga kerja AADK bersara -5

Majlis hari ini diadakan bukanlah sebagai simbolik perpisahan ataupun berakhirnya hubungan bersama AADK, sebaliknya untuk meraikan dan menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua yang telah banyak menyumbang jasa, keringat dan bakti sepanjang berkhidmat di AADK.

Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh berkata, pengalaman bersama AADK sudah pasti mempunyai nilai yang sangat berharga dan menjadi aset yang sukar dimiliki semua orang.

“Oleh itu, saya berharap agar semua pesara mengambil peluang untuk terus memberi khidmat bakti dalam komuniti berkenaan isu-isu penagihan dadah atau bahan.

“Ini kerana, saya percaya para pesara akan dianggap sebagai agen perubahan dan pemimpin dalam masyarakat sekali gus mampu menyokong usaha kepulihan klien dalam komuniti sepanjang hayat,” katanya.

AADK rai 93 warga kerja AADK bersara -4

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Persaraan AADK 2024 di sini, pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Shobah Jamil dan Pengarah Khidmat Pengurusan, Syahriyah Shahadan.

AADK rai 93 warga kerja AADK bersara -3

Accessibility Toolbar