Pengenalan
Unit Integriti AADK telah ditubuhkan pada 13 Januari 2014, selaras dengan Arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam). Penubuhan Unit Integriti agensi merupakan suatu pendekatan kerjasama strategik yang menggabungkan pegawai SPRM dengan pegawai Agensi dalam menguruskan integriti secara lebih fokus, terancang, menepati keperluan dan kesesuaian agensi.
Fungsi
- TADBIR URUS
 Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan ;
- PENGUKUHAN INTEGRITI
 Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi ;
- PENGESANAN DAN PENGESAHAN
 Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; danMelaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
- PENGURUSAN ADUAN
 Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi ;
- PEMATUHAN
 Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
- TATATERTIB
 Melaksanakan fungsi keurusetiaan Lembaga Tatatertib.
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi Unit Integriti
