Oleh: Muhammad Amir Zahien Amran
IPOH, 20 Disember 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi #SkuadIhsanMadaniKDN meneruskan misi bantuan kepada warga AADK yang terlibat dalam kejadian bencana alam di zon utara bermula semalam.
Bantuan telah disumbangkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan AADK dan Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (PPAD).
Majlis penyerahan kotak bantuan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok kepada 18 orang penerima masing-masing di Pejabat AADK Negeri Kedah dan Perak.
Pada majlis tersebut Tuan Khairul Anwar turut berkesempatan menyantuni dan menyampaikan amanat kepada warga AADK yang terlibat.



