KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN AADK SUMBANG RM27,500 BANTU MANGSA BANJIR

Oleh: Muhammad Amir Zahien Amran

KAJANG, 18 Disember 2024 – Sebanyak RM27,500 disumbangkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (PPAD) dalam misi bantuan Skuad Ihsan Madani KDN.

Sumbangan itu disalurkan kepada semua warga AADK yang terlibat dalam kejadian bencana alam membabitkan lima negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah.

Terdahulu Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh menyerahkan kotak bantuan tersebut kepada Pengarah AADK Negeri dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) sebagai gimik penyerahan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Pengarah Khidmat Pengurusan AADK, Syahriyah Shahadan; Pengarah PUSPEN Karak, Supindi Usop @ Yusop dan Presiden PPAD, Mohd Azlan Ahmad.

Sumbang RM27,500 Bantu Mangsa Banjir3
Sumbang RM27,500 Bantu Mangsa Banjir10
Sumbang RM27,500 Bantu Mangsa Banjir2

Accessibility Toolbar