Oleh: Fauzi Suhaimi, Amir Zahien Amran dan Ahmad Hakim Baihaqi
TAWAU, 12 Mei 2024 – Lebih 1,000 penduduk sekitar hadir memeriahkan dan menyertai Fun Walk 10,000 Langkah sempena dengan Program Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bersama Masyarakat di sekitar Bandar Tawau, di sini.
Program anjuran AADK Negeri Sabah itu diadakan sempena dengan Peringatan Hari Antidadah 2024 menulusuri jalan sejauh kira-kira 8 kilometer di sekitar Bandar Tawau dengan lokasi pelepasan di bermula di Pekarangan Majlis Perbandaran Tawau.
Selain fun walk, para peserta juga melakukan aktiviti edaran maklumat pencegahan berkaitan penagihan dadah kepada masyarakat setempat sebagai seiring dengan tema Peringatan Hari Antidadah iaitu Lebih Baik Cegah.
Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Shobah Jamil membuat pelepasan fun walk sebelum beliau turut menyertai aktiviti tersebut.
Dalam pada itu, Puan Shobah turut bertemu dengan masyarakat Tawau bagi mengagihkan maklumat berkaitan kempen Lebih Baik Cegah, Pencegahan Dadah Bermula di Rumah dan Nombor Talian Hotline AADK kepada orang ramai untuk disalurkan langsung kepada AADK jika memerlukan bantuan khidmat nasihat atau aduan akitiviti penagihan dadah.
Selain fun walk, pelbagai aktiviti menarik diadkan selama dua hari antaranya pameran jabatan dan agensi Persekutuan dan negeri, Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) meliputi acara pertandingan mewarna, melukis doodle; nyanyi solo parodi; deklamasi sajak dan puisi serta lagu dan pidato antidadah. Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah; Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Presiden Majlis Perbandaran Tawau merangkap Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Tawau, Joseph Pang dan Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin.






