Majlis Peluncuran KAM dan SAM AADK 2025

Oleh : Rashdan Zakaria

Besut, 13 September 2025 – Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung Keluang sebagai usaha holistik membangunkan komuniti yang selamat, sejahtera dan berdaya tahan.

Melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif merangkumi naik taraf infrastruktur awam antaranya gelanggang futsal, masjid dan sekolah melalui aktiviti gotong-royong dan keceriaan kampung, serta program kesedaran pencegahan dadah.

KAMSAM
KAMSAM

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

AADK melalui Ketua Pengarahnya, Dato’ Ruslin Jusoh komited memacu transformasi komuniti demi membentuk masyarakat yang bebas dadah dan berdaya tahan.

Kampung Keluang dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI AADK berikutan kadar penyalahgunaan dan penagihan dadah tertinggi di Terengganu, dengan 872 individu bagi setiap 100,000 penduduk di daerah Besut.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Keluang dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI AADK bagi memupuk kesedaran dan pendidikan antidadah sejak di bangku sekolah kerana anak-anak adalah aset negara yang wajar dilindungi.

Menariknya, pelbagai acara turut diadakan antaranya perkhidmatan bergerak Mobile Recovery Treatment (MRT) AADK, pameran bas AADK dan bas MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara, diskaun saman JPJ dan PDRM, serta jualan produk SUKA AADK.

Turut disediakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga mampu milik, selari dengan aspirasi kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Tuan Fakrul Razi Abd Wahab; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK Puan Shobah Jamil; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Tuan Khairul Anwar Bachok; serta para Pengarah AADK Negeri dan PUSPEN bersama kepimpinan tertinggi pelbagai agensi lain di bawah KDN.

 

Accessibility Toolbar