Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat
SEREMBAN, 24 September 2024 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sembilan hari ini membentangkan laporan Inisiatif Program Dadah Terkawal 2024 hasil inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.
Program itu dilaksankaan menerusi kaedah yang dikenali sebagai Santuni Untuk keAbsahan (SUA) melalui program turun padang secara berfokus dengan kaedah tinjauan masyarakat setempat, temu bual bersemuka dan kolaborasi program untuk mengesahkan status terkini permasalahan dadah di lokaliti tersebut sekali gus bagi mempergiatkan usaha mencegah penularan isu dadah dalam komuniti.
Objektif utama program itu adalah untuk mencapai Inisaitif Dadah Terkawal 2024 di semua daerah di Negeri Sembilan melalui gerak kerja yang dilaksanakan dengan komitmen padu dan kerjasama baik daripada semua pengerusi-pengerusi MTMD, jabatan dan agensi, pemimpin masyarakat termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat daerah.
Sehingga September 2024, SUA telah melalui fasa 1 iaitu pembersihan, fasa 2 iaitu intervensi dan fokus bagi tahun 2025 pula ialah fasa 3 melibatkan elemen pengukuhan dan pengekalan.
Laporan ini dibentangkan Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr. Hadijah Baba dalam Mesyuarat MTMD Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Yang turut menyertai mesyuarat itu ialah Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh, Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr. Hadijah Baba; Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu, Norasiken Ahmad.






