Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat
KAJANG, 22 Oktober 2024 – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut, Terengganu menjuarai Pertandingan Badminton Klien Piala Ketua Pengarah AADK 2024 yang diadakan di Dewan Sri Akasia Ibu Pejabat AADK pada Selasa.

Pertandingan yang diadakan buat julung kali ini merupakan langkah positif yang dapat menggalakkan klien mengamalkan gaya hidup sihat, menjana bakat dan menyuntik motivasi serta meningkatkan keyakinan diri dalam mengekalkan kepulihan.
Naib Johan dimenangi PUSPEN Kampung Selamat manakala tempat ke 3 pula dimenangi PUSPEN Sungai Besi dan PUSPEN Tiang Dua mendapat tempat ke empat.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh.
Pertandingan ini telah dimulakan pada Julai mengikut zon.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (AADK), Puan Shobah Jamil dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok serta pengarah-pengarah bahagian dan negeri dan PUSPEN.








