Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat
KAJANG, 17 Oktober 2024 – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jerantut, Pahang melalui Kumpulan Eko-Nutrien Akuatik muncul johan dalam Pertandingan Projek Inovasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2024.

Kemenangan itu dengan mempertaruhkan projek Pelet Permata Hijau yang dilaksanakan di PUSPEN berkenaan sejak setahun lalu.
Projek itu adalah satu cadangan baharu untuk mengurangkan kos makanan ikan serta dapat meningkatkan kemampanan operasi ternakan ikan.
Sementara itu, naib johan diraih oleh gabungan daripada PUSPEN Serdang, Kedah dan PUSPEN Bukit Chabang, Perlis, iaitu kumpulan KIK Hibrid Inspirasi 9 dengan memperkenalkan inovasi bagi penambahbaikan perkhidmatan dalam membantu kelancaran sesi atau prosedur rawatan cucian luka di kaki.
Tempat ketiga pula disandang oleh Pusat Latihan AADK (PLAK) dengan mempertaruhkan projek inovasi bertajuk Risk Protective Factor (RPF) yang dijadikan untuk mengenalpasti pasti risiko dan ancaman penyalahgunaan dadah yang mungkin timbul di tempat kerja, serta memahami langkah-langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko tersebut.

Menerusi program itu, seramai 22 penyertaan terdiri daripada PUSPEN dan AADK Negeri menyertai pertandingan berkenaan yang diadakan selama tiga hari bermula 15 Oktober 2024 lalu di AADK Ibu Pejabat.
Hadir sama Pengarah-pengarah Bahagian, Negeri, serta PUSPEN.


