Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat (UMKK)
KELANTAN, 20 Jun 2024 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Menteri Besar Kelantan pada Khamis.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Mohd Nassuruddin Daud.
Dalam ucaptamanya, YAB Dato’ Nassuruddin Daud menggesa semua Jabatan dan Agensi Kerajaan termasuk penggerak komuniti untuk menggerakkan komuniti serta menyokong langkah-langkah kerajaan yang sentiasa proaktif dalam menangani permasalahan dadah di Negeri Kelantan.
Beliau juga turut menyatakan pendirian tegas dalam membanteras gejala penagihan dadah dengan sewajarnya agar generasi akan datang terhindar daripada permasalahan ini.
Satu kertas pertimbangan telah diluluskan oleh YAB Menteri Besar Kelantan iaitu Kajian Penyalahgunaan Epam dan Mushroom dalam kalangan Remaja dan Belia di Negeri Kelantan.
Hadir sama pada mesyuarat ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok dan Pengarah AADK Negeri Kelantan, Tuan Nik Muhamad Nik Dir.






