SIMPOSIUM SAINS PENAGIHAN DADAH KEBANGSAAN 202

Putrajaya, 22 Oktober 2025 – Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2025 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bertemakan “Masyarakat MADANI Bersama Membasmi Dadah” telah diadakan pada Rabu.

Simposium ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, dan menjadi platform penting bagi menghimpunkan penyelidik, penggubal dasar, penguat kuasa, ahli akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membincangkan isu penagihan dadah, perkongsian dapatan kajian, amalan terbaik serta kaedah rawatan pemulihan terkini.

Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), turut membentangkan lima resolusi SSPDK 2025 sebagai hasil perbincangan dan dapatan sepanjang sesi simposium.

Melalui penganjuran ini, AADK terus komited memperkukuh dasar berasaskan bukti serta memperluas jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan rakan pintar dalam usaha mencapai aspirasi Dadah Terkawal 2030.

SSPDK_3

Majlis tersebut turut dihadiri seramai 1000 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Tuan Fakhrul Razi Abdul Wahab; Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil; dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Zainudin Abdullah.

Accessibility Toolbar