Pengenalan

Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) merupakan program tahunan yang diadakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan platform dan medan perbincangan intelektual berkaitan isu penyalahgunaan dadah dan bahan serta menerokai pendekatan dan strategi baharu berdasarkan kajian. Pada tahun ini tema yang ditetapkan adalah “Perkasa Sinergi, Perkukuh Solidaritiā€ iaitu seiring dengan hasil dapatan Kajian Indeks Antidadah Kebangsaan 2023 yang mencadangkan pemerkasaan sinergi pelbagai pihak dalam tindakan menangani penawaran dan permintaan terhadap dadah. Sinergi bermaksud ā€˜usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara bersendirian’ (Kamus Dewan Edisi Empat). Sinergi akan menghasilkan pencapaian, keberkesanan dan keberhasilan yang lebih signifikan. Usaha sama secara kolaboratif dan bersepadu antara semua pihak dalam pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan akan membuahkan impak yang lebih besar dan berkesan. Manakala solidariti pula bermaksud perpaduan atau union of interest and responsibilities. Selaras dengan tema Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 yang difokuskan kepada kesukarelawanan, AADK menyeru kepada semua peserta yang hadir untuk meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan perpaduan serta kesatuan dalam melindungi masyarakat Malaysia dari bahaya dadah. Sinergi antara agensi kerajaan, swasta dan NGO serta solidariti dalam melahirkan masyarakat Malaysia bebas dadah akan dicapai melalui komunikasi yang efektif, persefahaman dan visi yang dikongsi bersama

Objektif

Impak

Pengisian SSPDK 2024

Pengisian SSPDK

Scan untuk Pendaftaran

SSPDK 2024

Atur cara program SSPDK Tahun 2024

Maklumat Pembentangan SSPDK

Hubungi Kami

Emel kepada :
Telefon No:

03-89112200 ext 2402 /2418 / 2407 / 2392 / 2417

Accessibility Toolbar