Soalan Lazim : Tempat Kerja Bebas Dadah(TEKAD)

1. Apakah itu Program Tempat kerja Bebas Dadah (TEKAD)

Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) ialah satu inisiatif yang dilaksanakan di tempat kerja bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah serta bahan.

2. Siapa yang perlu melaksanakan program ini?

Semua majikan, sama ada di sektor kerajaan atau swasta, digalakkan melaksanakan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) untuk memastikan keselamatan, produktiviti dan kesejahteraan di tempat kerja.

3. Apakah objektif utama program ini?

  • Mewujudkan persekitaran kerja bebas dadah
  • Meningkatkan kesedaran pekerja tentang bahaya penyalahgunaan dadah
  • Mencegah, mengesan dan membantu pekerja yang terlibat dengan dadah
  • Memelihara keselamatan, kesihatan dan imej organisasi

4. Bagaimana program ini dapat membantu pekerja yang bermasalah?

Program ini berperanan mengenal pasti lebih awal pekerja yang berisiko serta mereka yang menghadapi masalah penyalahgunaan dadah dan bahan. Pekerja yang dikenal pasti akan dirujuk untuk menjalani sesi intervensi awalan bagi membantu mereka mendapatkan sokongan dan penyelesaian yang sesuai.

5. Adakah pelaksanaan Tempat Kerja Bebas Dadah(TEKAD)  memberi kesan kepada reputasi organisasi?

Ya, secara positif. Organisasi yang melaksanakan Tempat Kerja Bebas Dadah(TEKAD)  dilihat lebih prihatin terhadap kebajikan pekerja dan lebih profesional, sekali gus meningkatkan imej serta keyakinan pihak berkepentingan.

6.  Apakah proses dan langkah untuk memulakan program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD)

AADK menyediakan 7 langkah dalam proses pelaksanaan Tempat Kerja Bebas Dadah(TEKAD) iaitu :

Langkah 1 – Komitmen Pengurusan Atasan

Langkah 2 – Pembentukkan Jawantakuasa Antidadah dan Polisi Antidadah di Tempat Kerja

Langkah 3 – Program Kesedaran kepada Pekerja

Langkah 4 – Latihan Kepada Majikan dan Penyelia

Langkah 5 – Program Pencegahan Dadah Dalam Komuniti

Langlkah 6 – Program Rawatan Dan Pemulihan Dalam Institusi (mengikut keperluan)

Langkah 7 – Integrasi semula di tempat kerja

Accessibility Toolbar