Amanat KP AADK Garis 10 Aspirasi Utama

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

KAJANG, 14 Oktober 2024 – Sebanyak 10 aspirasi utama digariskan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu, Dato’ Ruslin Jusoh menerusi ucapan Majlis Amanat Ketua Pengarah bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2024 yang diadakan hari ini.

Beliau berkata, 10 aspirasi tersebut bagi memastikan tadbir urus AADK terus diperkasa sekali gus mencapai matlamat dan wawasan AADK.

Dato’ Ruslin Jusoh ketika menyampaikan ucapan beliau semasa Majlis Amanat Ketua Pengarah bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2024

Berikut adalah 10 aspirasi yang digariskan:

i. Pengukuhan Model Perkhidmatan AADK;

ii. Meningkatkan Promosi dan Memperhebatkan lagi Informasi Mengenai Kejayaan AADK melalui Platform Media Sosial;

iii. Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Yang Tersusun;

iv. Budaya Kerja Berpasukan sesama warga AADK;

v. Perkhidmatan AADK Perlu Menggunakan Sistem Terkini;

vi. Pengukuhan Integriti;

vii. Pusingan Kerja Dalam Perkhidmatan;

viii. Pengurusan Tatakelakuan dan Tatatertib;

ix. Pemerkasaan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan; dan

x. Peningkatan Kualiti Perkhidmatan.

Dalam pada itu, Dato Ruslin berkata, sebagai peneraju kepada AADK, beliau akan cuba meneruskan aspirasi AADK yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Walau bagaimanapun saya berharap agar warga AADK akan menyanjung dan berpegang kepada

“Saya percaya dengan semangat dan komitmen daripada setiap seorang, visi dan misi agensi dapat direalisasikan.

“Kita sama-sama berganding bahu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ke arah satu matlamat yang sama,” ujarnya.

Pada majlis sama diadakan Sesi Penyerahan Surat Penempatan kepada lima orang Pegawai AADK Gred S41 yang memangku Gred S44. Hadir sama pada majlis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil; Pengarah-Pengarah Bahagian AADK; Pengarah-Pengarah AADK Negeri; dan Pengarah-Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Accessibility Toolbar